widget

Thursday, March 29, 2012

Lepasan IPT Perlu Berani Berjuang, Titah Raja Perlis

KANGAR, 27 Mac (Bernama) -- Lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja perlu memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi untuk menjana pemikiran baru tetapi perlu berani berjuang demi kepentingan masyarakat, titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Bagaimanapun, baginda bertitah, perjuangan mereka harus menjurus kepada perkara yang betul bagi menangani masalah di hadapan mereka.
 

Bertitah pada majlis Konvokesyen ke-6 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh dekat sini, baginda berharap, ilmu yang mereka miliki mampu mentransformasikan sektor pekerjaan ke arah yang lebih cekap dan berkesan.
 

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, proses menuntut ilmu tidak ada penghujungnya dan ia tidak akan terhenti apabila para graduan menerima diploma dan sijil masing-masing.
 

Sehubungan itu, baginda bertitah, para graduan perlu sentiasa membina azam untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
 

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
 

Sumber -- BERNAMA

Sunday, March 25, 2012

Pejabat Mufti Perlis diceroboh

KANGAR, 28Feb : Pejabat Mufti Perlis yang terletak di Bangunan Datuk Mahmud Mat di sini diceroboh sekumpulan lelaki tengah hari semalam namun tiada petugas pejabat itu yang dicederakan.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, berkata kumpulan seramai antara enam dan tujuh individu berumur bawah 40 tahun itu dipercayai ahli kumpulan sesat yang tidak berpuas hati terhadap kenyataannya berkaitan kumpulan Qardiani.

Bercakap kepada pemberita di sini, Dr Juanda berkata, ketika kejadian jam 12.30 tengah hari itu, beliau tiada di pejabat kerana menghadiri Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan yang berlangsung di Dewan 2020 dekat sini.

Lima kakitangan pejabat itu cemas apabila kumpulan lelaki itu menceroboh bahagian pentadbiran dan bahagian fatwa sambil mengambil gambar dan membuat rakaman video tanpa kebenaran.
Dr Juanda berkata, kumpulan itu ingin menemuinya tanpa membuat sebarang temu janji dan memaksa petugas di pejabat itu supaya mempertemukan mereka dengannya.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa lama kumpulan itu berada di pejabatnya.
Beliau percaya kejadian itu mungkin berpunca daripada kenyataan medianya berhubung kumpulan Qardiani yang difatwakan sebagai sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri selain memprotes tindakan pihak berkuasa yang menahan seorang anggota kumpulan itu kerana menyebarkan ajaran Qardiani di sini, tahun lalu.

Dr Juanda berkata, ajaran Qardiani memang sudah lama diisytihar sesat iaitu sejak 1952 selepas mendapati pengikutnya tidak mengamalkan kehidupan sebagai umat Islam menyebabkan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang Islam dan jika meninggal, tidak boleh dikuburkan di tanah perkuburan Islam.
Ajaran itu berasal dari Pakistan yang tidak mengakui Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul yang terakhir, sebaliknya hanya sebagai nabi kerana mendakwa rasul terakhir ialah Mirza Ghulam Ahmad kelahiran Pakistan.
Malah, kata Dr Juanda, sejak tahun 1940-an lagi, ulama Islam seluruh dunia termasuk di India, Pakistan dan Indonesia meletakkan kumpulan Qardiani sebagai bukan Islam.
UniMAP Muncul Juara MURoC 2012

KANGAR, 26 Feb (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara Pertandingan Robot Universiti-Universiti Malaysia 2012 (MURoC 2012) yang berlansung selama tiga hari di sini.

UniMAP mengumpul 15 mata menewaskan pencabar terdekatnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat 13 mata pada hari terakhir pertandingan.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, pencapaian UniMAP tahun ini adalah yang terbaik selepas tiga kali sesi penganjuran MURoC sekaligus memperbaiki kedudukan tahun lalu iaitu di tempat kedua.

Sebanyak 79 pasukan daripada 37 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pertandingan anjuran UniMAP itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berangkat menutup pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP. 

UniMAP Mampu Jadi Universiti Terkemuka Dunia, Titah Raja Muda
KANGAR, 21 Mac (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mampu menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang 2020 berikutan kecemerlangannya yang berterusan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda yang juga Canselor UniMAP, antara faktor yang boleh menyumbang kepada pencapaian itu ialah komitmen dan kecemerlangan kakitangannya.

Bertitah pada majlis Anugerah Seri Gemilang UniMAP di sini malam tadi, baginda bangga dengan pencapaian universiti yang berusia 10 tahun itu sehingga meletakkan nama UniMAP pada peta dunia.

"Saya berharap anda semua agar tidak terlalu leka dengan pencapaian yang dikecapi selama ini sebaliknya terus berusaha untuk memperoleh kejayaan yang lebih berganda pada masa akan datang," titah baginda.

Baginda menggariskan beberapa kriteria pekerja cemerlang yang boleh membantu UniMAP mencapai visi menjadi antara 500 universiti terbaik di dunia menjelang 2020 termasuk amanah, bijak, cergas, dedikasi dan penampilan diri.

Pada majlis itu, lebih 150 kakitangan pelbagai peringkat menerima augerah yang disampaikan oleh Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP.
p/s: Jadi kita sebagai warga uniMAP perlu berbangga dengan universiti kita ini. Selain sama-sama berusaha membantu meningkatkan dan menaikkan lagi nama dan prestasi uniMAP.. ok?? :)

Saturday, March 24, 2012

Rumah terbang dipukul ribut

MUSNAH...Abu Bakar menunjukkan rumahnya yang ranap dipukul ribut.
MUSNAH...Abu Bakar menunjukkan rumahnya yang ranap dipukul ribut.


KANGAR: Seorang petani, Abu Bakar Ahmad, 40, hanya mampu melihat keseluruhan rumahnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut yang merosakkan kira-kira 16 rumah di sekitar Tambun Tulang, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Abu Bakar dan keluarganya yang menetap di Kampung Kepala 20, bernasib baik kerana berada di rumah kakaknya di Kampung Kepala 10 kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
“Saya bergegas pulang dari rumah kakak ketika angin ribut dan terkejut apabila mendapati rumah sudah tiada...yang tinggal hanya pelapik tiang konkrit.

“Sebahagian bumbung diterbangkan angin kira-kira 50 meter jatuh ke dalam petak sawah manakala dinding rumah bertaburan di tanah.


“Ini musibah kedua melanda diri saya selepas kawasan rumah ditenggelami air dalam kejadian banjir baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim, hadir melawat mangsa ribut itu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali.

Abu Bakar berkata, dia bersama isteri serta dua anak berusia dua dan lima tahun menetap di rumah kayu yang dibeli daripada seorang rakan dengan harga RM5,000 sejak dua tahun lalu.

“Keseluruhan rumah kayu ini rosak teruk, termasuk tiang dan alangnya patah. Ia sukar untuk diperbaiki dan memerlukan kos tinggi untuk membinanya semula. Saya kini terpaksa menumpang di rumah kakak,” katanya.

Ribut terbabit menyebabkan 16 rumah di beberapa kampung sekitar Tambun Tulang rosak dan semua mangsa berkenaan baru menghadapi banjir besar.

Berdasarkan maklumat, daripada 16 rumah yang terjejas, tujuh dilaporkan membabitkan kediaman sekitar kawasan Long Boh, termasuk Kampung Kepala 20, selain lima di Kampung Baru, tiga di Tambun Tulang dan satu di Sungai Bakung.

Seorang mangsa, Rosnah Hamid, 47, ketika ditemui mengaku kehidupannya terjejas akibat kejadian ribut petang kelmarin apatah lagi kesan kerugian dan kerosakan akibat banjir besar baru-baru ini, masih belum pulih.

“Baru-baru ini, banyak barang terutama peralatan dalam rumah rosak selepas kediaman kami dinaiki air sehingga paras pinggang. Kini, belum selesai masalah itu, datang pula ribut memusnahkan bumbung dan dinding rumah kami,” katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata, pihaknya menerusi Yayasan Pok dan Kassim (YPK) akan menyalurkan bantuan segera membina semula rumah untuk Abu Bakar yang musnah dalam kejadian ribut terbabit.




Perlis Kaji Kemungkinan Pajak Tanah Rizab Melayu


KANGAR, 16 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Perlis sedang mengkaji kemungkinan memajak tanah rizab Melayu bagi tujuan pembangunan sejajar dengan wawasannya menjadi sebuah negeri maju menjelang 2015.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Perlis tidak lagi mempunyai tanah untuk menggantikan tanah rizab Melayu yang dibangunkan, maka kaedah pajakan dilihat sebagai satu alternatif.
 

Bercakap kepada para pemberita di sini hari ini, beliau berkata perkara itu telah diserahkan kepada pejabat Penasihat Undang-undang negeri untuk kajian aspek perundangan mengenai kaedah pajakan tanah rizab Melayu selain menentukan tempoh masa pajakannya.
 

Md Isa berkata mengikut Enakmen Rizab Melayu, setiap tanah rizab Melayu yang telah bertukar status bagi maksud pembangunan perlu digantikan dengan kawasan lain dengan keluasan sama bagi memastikan tanah rizab itu tidak berkurangan.
 

Bagaimanapun, kata beliau Perlis tidak lagi mempunyai tanah bagi menggantikan tanah rizab Melayu yang berpotensi dibangunkan dan bagi memastikan rizab itu kekal, kaedah pajakan dianggap yang terbaik.
 

MASALAH UTAMA RAKYAT PERLIS



Anda pokok apa di atas ini? Orang Perlis (Kedah dan Pulau pinang aku tak pasti), sure kenal dengan Pokok Biak. Tapi kalau pokok Ketum, sah-sah satu Malaysia tahu pokok tu. Perlis menjadi ibu pejabat dan tanah kelahiran daun ketum. Oleh itu, tidak hairan la sekiranya ia berleluasa di Perlis. Pada mulanya, pokok ketum dibawa dari Thailand. Perlis menjadi tempat tumpuannya kerana berada berhampiran dengan Thailand.

Pokok Biak (Bahasa Inggeris: Kratom), banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna specoisa korth.

Daun Biak telah lama dijadikan bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang. Selain itu, Biak yang dijadikan serbuk juga dibuat ubat untuk rawatan cirit-birit, kencing manis, darah tinggi, agen nyah oksigen dan macam-macam lagi.

Air atau serbuk Biak yang telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Sapa-sapa yang ketagih air atau serbuk Biak ni biasanya akan susut berat badan (lepas ni ramai la yang teringin nak kurus cari ni), sembelit, insomnia, kering bibir dan mulut, muka menjadi lebam dan anoreksia.

Pada asalnya, daun ketum mampu memberi kesan yang baik sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Namun disebabkan oleh penyalahgunaannya, ia telah membawa kepada penagihan berterusan seperti dadah. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.

NOTE: Don't try this at home :)

Friday, March 23, 2012

Ubaya, UniMAP Jalin Kerjasama Dalam R&D Teknologi Hijau


JAKARTA, 16 Mac (Bernama) -- Universiti Surabaya (Ubaya), Jawa Timur memulakan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi hijau, yang antara lain termasuk penggunaan tenaga suria untuk keperluan isi rumah.

Penyelidikan yang diterokai oleh kedua-dua universiti itu juga termasuk teknologi konkrit hijau tanpa simen, yang dikenali sebagai "Green Polymer Concrete", kimia hijau bagi mengurangkan racun kimia di sektor perindustrian dan kitar semula sanitasi isi rumah.
 

Media tempatan Jumaat melaporkan usaha kerjasama R&D antara Ubaya dan UniMAP dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di Bangunan International Village, Ubaya, di Surabaya.
 

Pada majlis itu, UniMAP diwakili oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Pengerusi Majlis Profesornya, Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff manakala Ubaya oleh Rektornya Prof Joniarto Parung, Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabdian Masyarakat, Dr Yoan Nursari Simanjuntak serta Dekan Fakulti Kejuruteraan, Dr Dra Amelia.
 

"Dengan kerjasama ini, mahasiswa Ubaya, khususnya dari jurusan kejuruteraan, boleh bergabung dalam penyelidikan atau pertukaran mahasiswa selama satu semester di UniMAP," kata Adi Tedjakusuma, Pengarah Hubungan Antarabangsa Ubaya.
 
http://www.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=610%3Aubaya-unimap-jalin-kerjasama-dalam-rad-teknologi-hijau&catid=49%3Aberita-terkini&Itemid=53&lang=ms

PERLIS INDERA KAYANGAN




Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai!!! Dalam entry pertama ni biar kami cerita pasal benda2 menarik kat Perlis ni. Baru semangat sikit nk bacakan. Hehe. Mari kita teka ape yang korang fikir bila dengar nama Perlis ni?

Mesti ni kn....

Sawah padi
Eh? Bukan plak? Yang ni ke?

Gua Kelam


Ok. Bukan gak? Ok last try. Mesti betul ni.
                                   
Pulau Langkawi
BINGO!!!

Ni baru sikit. Ade lagi? Mesti la...


Kangar

Bukit Ayer

Tasik Melati

Tasik Timah Tasoh

Harum Manis

Ladang Tebu

Ladang Anggur

See!!! Anggur pun ade kat sini. Jangan jealous ok. hehe

Teruja tak tengok gambar2 ni? Ok. Dah nampak dah muka2 excited kat sini. Sebenarnya ada mcm2 lg tau. Kalau nak tau, moh la beramai-ramai melancong ke Perlis ni. Nak cerita semua nanti tak surprise bila datang sini kan. (:

Habis dah entry pertama ni. Ok. Jom tepuk tangan ramai2. hehe. Untuk pengetahuan anda, entry2 yang seterusnya akan berkisar tentang isu2 semasa yang berlaku di Perlis ni. Harapan kami agar anda semua akan terus mengikuti blog kami dan memberi komen2 serta idea2 yang menarik untuk dikongsi bersama. Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa membaca blog kami. (:

                                                                                                         Salam sayang,
                                                                                                                                 KAMI