widget

Friday, March 23, 2012

Ubaya, UniMAP Jalin Kerjasama Dalam R&D Teknologi Hijau


JAKARTA, 16 Mac (Bernama) -- Universiti Surabaya (Ubaya), Jawa Timur memulakan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi hijau, yang antara lain termasuk penggunaan tenaga suria untuk keperluan isi rumah.

Penyelidikan yang diterokai oleh kedua-dua universiti itu juga termasuk teknologi konkrit hijau tanpa simen, yang dikenali sebagai "Green Polymer Concrete", kimia hijau bagi mengurangkan racun kimia di sektor perindustrian dan kitar semula sanitasi isi rumah.
 

Media tempatan Jumaat melaporkan usaha kerjasama R&D antara Ubaya dan UniMAP dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di Bangunan International Village, Ubaya, di Surabaya.
 

Pada majlis itu, UniMAP diwakili oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Pengerusi Majlis Profesornya, Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff manakala Ubaya oleh Rektornya Prof Joniarto Parung, Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabdian Masyarakat, Dr Yoan Nursari Simanjuntak serta Dekan Fakulti Kejuruteraan, Dr Dra Amelia.
 

"Dengan kerjasama ini, mahasiswa Ubaya, khususnya dari jurusan kejuruteraan, boleh bergabung dalam penyelidikan atau pertukaran mahasiswa selama satu semester di UniMAP," kata Adi Tedjakusuma, Pengarah Hubungan Antarabangsa Ubaya.
 
http://www.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=610%3Aubaya-unimap-jalin-kerjasama-dalam-rad-teknologi-hijau&catid=49%3Aberita-terkini&Itemid=53&lang=ms

No comments:

Post a Comment