Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

KAMI


widget

Thursday, April 26, 2012

APMM rampas ganja di perairan Kuala Perlis


2012/04/21

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas tiga ketulan mampat dipercayai ganja ketika melakukan rondaan di perairan Kuala Perlis dekat sini, semalam.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Utara, Kapten (Maritim) Salim Ahmad, berkata tiga ketulan mampat seberat tiga kilogram itu ditemui di dalam sebuah beg hitam kira-kira jam 8.30 pagi selepas pihaknya memeriksa sebatang kayu berpelampung yang ditemui di perairan itu.

Beliau berkata, sebelum itu bot peronda APMM yang sedang menjalankan rondaan dan penguatkuasaan maritim di perairan Kuala Perlis itu mengesan sebuah kapal di perairan sempadan yang dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pasukan APMM juga melihat ada individu yang membuang sesuatu ke dalam laut sebelum kapal itu memecut laju memasuki semula perairan Thailand.

"Hasil pemeriksaan, APMM menemui sebatang kayu panjang berpelampung seperti kayu penanda pukat. Selepas kayu itu diangkat, kami temui beg hitam yang di dalamnya mengandungi tiga ketulan daun kering mampat yang dibungkus dalam plastik lut sinar," katanya di Pangkalan APMM Kuala Perlis, hari ini.

Salim berharap orang ramai juga dapat memberi kerjasama yang berterusan kepada APMM dengan melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim di perairan negara. – BERNAMA


                                                                                                                                                           


Dakwa mereka yang persenda Raja: Pemimpin


2012/04/14

KANGAR: Beberapa pemimpin kanan kerajaan hari ini mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istana Negara pada 11 April lalu.

Mereka juga mahu pihak yang terbabit diheret ke muka pengadilan sebagai satu pengajaran kepada generasi muda agar menghormati institusi Raja-raja Melayu di negara ini.

Sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai keterlaluan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perbuatan itu juga menjadi testimoni mengenai sikap sebenar pemimpin pembangkang.

"Belum lagi berkuasa dah tunjuk kuasa mereka," kata Rais semasa berucap pada majlis perasmian Program Merakyatkan Seni dan Budaya, Komuniti 1Malaysia bersama masyarakat keturunan Siam peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelumnya diberi penghormatan menghadiri istiadat itu sebagai mencabul negara mereka sendiri.

"Mereka tidak boleh diharap untuk menerajui pentadbiran negara ini," katanya.

Di BAGAN DATOH, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula mahu mereka yang terbabit didakwa sebagai satu pengajaran kepada generasi muda supaya tidak menghina institusi Raja-raja Melayu.
"Saya fikir ia harus disiasat untuk pengajaran kepada pemimpin generasi akan datang dan dijadikan panduan supaya mereka lebih matang dalam menangani perbezaan pendapat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Peduli Jujur Sinar.

Beliau berkata, tindakan dan perbuatan pemimpin pembangkang itu adalah tidak wajar walaupun terdapat perbezaan fahaman politik yang dibenarkan dalam amalan demokrasi.

Di SITIAWAN, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihak berwajib perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang didakwa agar tidak dapat memasuki istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong lagi, pada masa akan datang.

Tindakan pihak terbabit adalah sebagai sesuatu yang mempersenda Perlembagaan dan kedaulatan Raja-Raja di negara ini.

"Saya kesal sekiranya perkara itu benar-benar berlaku kerana keadaan seumpama ini seperti mencaci, menghina, mempersendakan Raja-raja biasanya kita dengar di luar tetapi ini di dalam istana yang mana kita dijemput untuk menyaksikan istiadat, tetapi bertindak sesuatu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat bersama warga peserta FELCRA di Perak di Perkampungan Felcra Lekir, Kampung Koh di sini. – BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DakwamerekayangpersendaRaja_Pemimpin/Article/


Rais bidas sikap pemimpin pembangkang di Istana Negara


2012/04/14

KANGAR: Perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu menjadi testimoni mengenai sikap sebenar mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, perbuatan semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istana Negara pada 11 April lalu, adalah keterlaluan.

"Belum lagi berkuasa dah tunjuk kuasa mereka," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Merakyatkan Seni dan Budaya, Komuniti 1Malaysia bersama masyarakat keturunan Siam peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

Rais turut menyifatkan sikap pemimpin pembangkang yang sebelumnya diberi penghormatan menghadiri istiadat itu sebagai mencabul negara mereka sendiri.

"Mereka tidak boleh diharap untuk menerajui pentadbiran negara ini," katanya.

Sehubungan itu, Rais menasihati rakyat supaya mengamalkan budaya murni dan tidak mengikut gelagat pembangkang yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu.

Beliau menyarankan pelbagai pihak termasuk Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program yang boleh meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai asas perlembagaan negara.
Katanya, pengetahuan asas perlembagaan itu akan menjadikan rakyat lebih menghargai negara yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum dan budaya.

Rais dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, kemudian secara bersama melancarkan program yang berlangsung di Kolej Jururawat Masyarakat, Behor Pulai itu dengan gimik mencedok air daripada guri dan menuangkannya ke dalam buluh.

Serentak dengan itu, jentera bomba turut memancutkan air ke udara bagi membolehkan masyarakat keturunan Siam menyambut pesta Songkran atau pesta simbahan air yang menjadi budaya masyarakat keturunan itu sejak turut-temurun.

Pada majlis itu juga, Rais turut menyampaikan 20 unit komputer riba 1Malaysia kepada pelajar, kumpulan seni budaya dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Behor.

Beliau turut menyampaikan set alat muzik pergendangan Siam kepada badan budaya Kampung Padang Jelutong.

Sebelum itu, Rais bersama Menteri Besar Perlis melawat tiga rumah penduduk daif di Kampung Padang Patani dekat sini untuk memberi bantuan barangan keperluan harian serta wang RM500 kepada setiap keluarga.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Siam Perlis, Datuk Siw Chun a/p Eam, berkata pesta Songkran yang disambut masyarakat keturunan Siam hari ini sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia.

Katanya, masyarakat berbilang kaum memupuk perpaduan dan ikatan silaturahim melalui festival ini kerana acara simbahan air bukanlah satu bentuk acara keagamaan sebaliknya sebagai tradisi.

Terdapat lebih 60,000 rakyat keturunan Siam di negara ini dan 6,000 daripadanya menetap di Perlis. - BERNAMA 

Gejala ponteng perlu ditangani sebaik mungkin: Raja Muda Perlis


2012/04/06

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa bimbang dengan gejala ponteng sekolah sekarang dan mahu ianya ditangani sebaik mungkin kerana perbuatan itu bukan saja merugikan pelajar malah memberi kesan negatif kepada negara.

Ketika melancarkan program Titian Kasih Mega, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Simpang Empat dekat sini, baginda menasihati pelajar supaya menjauhi perbuatan itu manakala pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru perlu menggembleng tenaga secara berterusan melaksanakan langkah pencegahannya.

"Tidak perlu menuding jari antara satu sama lain kerana isu ini memerlukan tanggungjawab bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya," titah baginda pada majlis anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Jabatan Pelajaran Perlis itu.

Menurut baginda, pelbagai faktor menjadi penyebab kepada masalah ponteng termasuk suasana persekitaran pembelajaran, pengaruh media massa, sikap pelajar dan juga pengaruh rakan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa antara kesan buruk kepada pelajar yang ponteng sekolah ialah mereka terdedah kepada gejala sosial negatif, prestasi pembelajaran merosot dan peluang mereka dalam pasaran pekerjaan selepas tamat persekolahan menjadi sukar.

"Negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan," titah baginda. – BERNAMA

Tanggapan negatif terhadap Islam cabaran besar umat


2012/04/04

KANGAR: Tanggapan negatif terhadap Islam adalah antara cabaran besar dihadapi umat Islam kini, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah tanggapan itu antara isu yang perlu ditangani secara menyeluruh termasuk oleh MAIPs.

"Tugas dan fungsi MAIPs semakin hari semakin besar dan mencabar dalam usaha menangani isu besar," titah baginda pada multaqa pegawai dan kakitangan MAIPs di Kuala Perlis dekat sini malam tadi.

Baginda bertitah, cabaran lain ialah masalah perpecahan umat Islam dan isu murtad yang titah baginda antara langkah menanganinya menerusi perancangan strategik, memerlukan sumber tenaga berkualiti, prasarana kondusif dan program yang sistematik. - BERNAMA 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TanggapannegatifterhadapIslamcabaranbesarumat/Article/

Umat Islam perlu berjihad: Raja Muda Perlis


2012/03/23

KANGAR: Umat Islam perlu melakukan transformasi positif dan berjihad ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi yang sejajar dengan tuntutan agama, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, dalam menghadapi persaingan ekonomi semasa, mereka perlu berjihad dalam perniagaan di samping mewujudkan 'wakaf korporat' sebagai institusi yang boleh membantu perkembangan ekonomi Islam.

Bertitah merasmikan seminar 'Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat' di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis malam tadi, baginda yakin ekonomi umat Islam akan terus berkembang jika mereka turut menyertai transformasi itu.

Seminar itu dianjurkan bersama oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Timbalan Presiden DPIM, Tan Sri Muhamad Ali Hashim, membentang kertas kerja bertajuk 'Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat Pemangkin Ekonomi Ummah' pada majlis yang dihadiri umat Islam seluruh Perlis itu.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah umat Islam ketika ini sedang menghadapi cabaran hebat dalam sektor ekonomi yang menampakkan mereka ketinggalan.

"Bagi membangunkan semula ekonomi umat Islam, satu pendekatan alternatif yang lebih kreatif dan efektif perlu dilakukan dan menjadikan kegiatan perniagaan sebagai satu jihad dan tidak hanya melihat sebagai tuntutan duniawi," titah baginda.
Baginda juga yakin cadangan mewujudkan wakaf korporat sebagaimana yang dibangkitkan oleh DPIM pada Kongres Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia pada September tahun lalu adalah langkah yang boleh membantu menjana perkembangan ekonomi umat Islam.

Titah baginda ketika kegemilangan empayar Islam, amalan berwaqaf adalah antara elemen terpenting dalam pentadbiran negara dan menjadi pemangkin terhadap pembangunan dan penyediaan infrastruktur negara.

"Malang sekali pada hari ini, kekuatan institusi waqaf ini agak disempitkan, hanya menyediakan keperluan ibadah khusus seperti tapak masjid dan surau serta tanah perkuburan sahaja," titah baginda.

Baginda bertitah institusi waqaf sepatutnya bukan hanya sekadar mengumpul dana, tetapi ditambah nilai supaya harta waqaf terus berkembang dan mampu memberi manfaat yang lebih besar kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. - BERNAMA









Monday, April 9, 2012

Panggilan ajal adik turun ke laut

KANGAR: “Saya tidak menyangka keinginan adik untuk turun ke laut buat kali pertama selepas dua bulan tidak melakukannya adalah panggilan ajalnya.”
Begitu kata Shahimi Che Din, 41, abang Herwan, 29, yang ditemui lemas dalam keadaan tertiarap sejak hilang lebih 36 jam selepas terjatuh dalam laut ketika menangkap ikan di Kuala Perlis, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, Herwan tergelincir lalu jatuh ke laut jam 1 pagi kelmarin sebelum mayatnya ditemui jam 1.30 tengah hari, semalam.

Shahimi berkata, mangsa sebelum itu beria-ia mahu turun semula ke laut selepas melihat badannya semakin berisi dan mahu melakukan sesuatu, malah ingin mencari duit lebih.

Katanya, dia bersama adiknya bercuti sebagai nelayan selama dua bulan kerana ikan di kawasan berkenaan semakin berkurangan dan perlu pergi lebih jauh jika mahu mendapat tangkapan lebih lumayan.

“Kami keluar ke laut bersama, namun dia menaiki bot lain manakala saya menaiki bot lain jam 5 petang Jumaat lalu. Hampir 10 bot nelayan keluar ketika itu dan menghala kawasan berdekatan Pulau Brasmana, Thailand.

“Selepas beberapa jam menangkap ikan, saya tidak nampak bot dinaiki adik sehingga dimaklumkan rakannya Herwan hilang dipercayai terjatuh dalam laut lalu kami pulang untuk membuat laporan polis di Kuala Perlis,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya menerima kejadian seorang nelayan hilang selepas terjatuh ke dalam laut jam 11 pagi kelmarin Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira 0.3 batu nautika daripada pantai berdekatan.

myMetro (09/04/2012)
http://www.hmetro.com.my/articles/Panggilanajaladikturunkelaut/Article