2012/04/04
KANGAR: Tanggapan
negatif terhadap Islam adalah antara cabaran besar dihadapi umat Islam kini,
titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah tanggapan itu antara isu yang perlu ditangani secara menyeluruh termasuk oleh MAIPs.
Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah tanggapan itu antara isu yang perlu ditangani secara menyeluruh termasuk oleh MAIPs.
"Tugas dan
fungsi MAIPs semakin hari semakin besar dan mencabar dalam usaha menangani isu
besar," titah baginda pada multaqa pegawai dan kakitangan MAIPs di Kuala
Perlis dekat sini malam tadi.
Baginda bertitah,
cabaran lain ialah masalah perpecahan umat Islam dan isu murtad yang titah
baginda antara langkah menanganinya menerusi perancangan strategik, memerlukan
sumber tenaga berkualiti, prasarana kondusif dan program yang sistematik. -
BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TanggapannegatifterhadapIslamcabaranbesarumat/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TanggapannegatifterhadapIslamcabaranbesarumat/Article/
No comments:
Post a Comment