2012/04/06
KANGAR: Raja Muda
Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa bimbang dengan
gejala ponteng sekolah sekarang dan mahu ianya ditangani sebaik mungkin kerana
perbuatan itu bukan saja merugikan pelajar malah memberi kesan negatif kepada
negara.
Ketika melancarkan program Titian Kasih Mega, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Simpang Empat dekat sini, baginda menasihati pelajar supaya menjauhi perbuatan itu manakala pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru perlu menggembleng tenaga secara berterusan melaksanakan langkah pencegahannya.

"Tidak perlu
menuding jari antara satu sama lain kerana isu ini memerlukan tanggungjawab
bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah.
Terlajak perahu boleh
diundur, terlajak langkah buruk padahnya," titah baginda pada majlis
anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Jabatan Pelajaran Perlis
itu.
Menurut baginda, pelbagai faktor menjadi penyebab kepada masalah ponteng termasuk suasana persekitaran pembelajaran, pengaruh media massa, sikap pelajar dan juga pengaruh rakan.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa antara kesan buruk kepada pelajar yang ponteng sekolah ialah mereka terdedah kepada gejala sosial negatif, prestasi pembelajaran merosot dan peluang mereka dalam pasaran pekerjaan selepas tamat persekolahan menjadi sukar.
"Negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan," titah baginda. – BERNAMA

No comments:
Post a Comment